Thursday, May 7, 2009

Jealousy + love =War?? (-_-")

Masa aku taip ni, jam ngah berdetik kat pukul 1.18pagi. Aku baru je lepas "perang". Dengan sape? Dengan cik B le. Sedih giler aku sekarang ni. :small_boy_12.gif:Nape kami "perang" seawal pagi ini? kes jelezzzz. who? aku lew.. gedik tol nak jeles-jeles pulak. sekarang cik B dah majuk ngan aku. tak tau camner nk pujuk die ni. :small_boy_1.gif:HeLp !! i need help!! camner nak pujuk die ni? Huhuu cik B, maafkan i. I xde niat nak wat u sakit ati. i nyeselll ni.. maaf maaf maaf :small_boy_17.gif: xmao majuk2 agi k?
Kerana aku dah bersikap kurang bijak dengan mempamerkan kelakuan jealousy aku tadi, aku cuba bersikap bijak dengan mencari penyelesaian untuk isu tersebut. ni apa yang aku baca kat sini :~

Benarkah Cemburu Tanda Sayang?

Sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. Ramai yang beranggapan bahawa orang perempuan kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ini, samada lelaki atau wanita, sifat cemburu ini ada pada setiap manusia. Cuma kamu perlu bijak dalam mengawal perasaan cemburu. Jadi fikir-fikirkanlah yang mana baik dan yang mana buruk.

Tanda-tanda Cemburu

1. Dia menelefon beberapa kali sehari dan marah apabila kamu tiada. ( xde lak aku marah die...)

2. Dia menelefon kamu semasa kamu sedang sibuk dan tetap mendesak mahu bercakap dengan kamu.( baru je tadi, die ngah sibuk, aku lak sibuk dok nak ckp ngan die. gedik tol ..tsk tsk tsk)

3. Dia menuduh sesuka hati bahawa kamu telah keluar dengan lelaki/wanita lain. ( erm xkot.. unless i got prove and he didnt tell me anything about that. but overall, he told me every single thing)

4. Dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan kamu.( macam lew i xde keje lain nak wat)

5. Dia mengugut membunuh diri jika kamu meninggalkannya.( haha gilo aper? bunuh diri? dosa besar tu. xde makne nyer aku nk ugut2 orang ni. tapi kalu orang tu dah desperate..?? sendiri mao ingat le kan. yang penting aku nggak sama sekali akan lakukan ia )

6. Dia hanya mahu kamu sentiasa bersamanya dan marah walaupun kamu keluar dengan kawan-kawanlelaki/wanita yang lain.( no.. not me)

7. Dia tidak suka pergi ke majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada kamu. ( aku lagi suke ape.. die lak kureng cikit)

8. Dia menyoal seperti seorang polis ke mana kita pergi dan dengan siapa. ( errm i cam ni ke B? ntah lew.rasa nye i tanya just nak tau.so xde la nak pk bukan2)

9. Dia bermasam muka jika kamu kerja lebih masa.(noooo...not me)

10. Dia tidak peduli dengan penjelasan kamu.( hoho i dengar ek..fully listen... blh citer blk agi)

*kesimpulannyer= ku adalah insan yang cemburu

Tip Mengawal Keadaan Pasangan Yang Cemburu

1. Jika pasangan kamu mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kamu tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja daripada terus menyemarakkan

kemarahannya.

2. Terima hakikat bahawa dia tidak berniat untuk melukai hati kamu. Mungkin ini sifat semulajadinya dan jangan ambil hati.

3. Cuba sedaya upaya kamu untuk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu. Minta nasihatnya dan salurkan rasa cinta kamu.

4. Jangan berfoya-foya dengan wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yang dia perlukan adalah sokongan yang berterusan.

5. Berbincang dengan pasangan tentang perasaan cemburunya.

Atasi Sifat Cemburu

1. Hormati perasaan pasangan kamu. Dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain

2. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap kamu boleh berubah dalam masa yang singkat.

3. Tuliskan apa perasaan kamu apabila kamu merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Adakah kamu ingin meneruskan hidup kamu dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka berubahlah segera.

4. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kamu meledak. Adakah adil kamu menyisihkan si dia daripada orang lain? Bukannya sesuatu yang teruk andainya dia senyum dengan orang lain.

5. Bina keyakinan diri. Kita mungkin rasa tidak selamat jika bergantung kepada si dia. Luaskan persahabatan dengan orang lain.

Kesan Positif Cemburu

1. Mengelakkan si dia curang kepada kamu
2. Sentiasa menghormati kamu dan tidak pandang pada orang lain apabila bersama kamu.
3. Sentiasa menjaga hati kamu
4. Segala pergerakannya di bawah kawalan kamu

Kesan Negatif Cemburu

1. Si dia akan cepat bosan bersama kamu
2. Percintaan kamu hambar kerana kamu langsung tidak ada kawan lain
3. Selalu berlaku pertengkaran kerana sifat curiga yang terlampau
4. Pergerakan sentiasa diawasi seperti orang bersalah.

tsk..tsk..tsk.. terukkan. ni baru cikit. ada banyak lagi jenis-jenis cemburu ni. aku doa Allah SWT akan ampunkan aku atas sikap aku ni. amin. hm insya Allah, aku akan cuba baiki diri

aku ni agar aku bisa jadi insan yang baik.:small_boy_14.gif:ok.. cukup untuk semua eMo2 itew. ni nak tayang hasilan keEMOan ku untuk beberapa hari ni.

ISNIN (^_^)

~asparagus goreng dengan sotong~

~ kari ikan~

SELASA (^_^)

~ Ikan Masak Sweet Sour~
yang hari ni pulak, lain kali lew aku tayang ye. hehe cik Noor, mengoda jiwe tak tengok semua pitcha ni?? nanti hujung bulan 5 ni kita main masak-masak agi ye. kali ni vesi "ganaz" lak. haha. cik Moonie, terima kasih kerna mengizinkan gue pinjam lappy anda. sila bangun sekarang dn siapkan tesis anda..
have a gud day everyone.. (^_^) and to my B, i'm trully sorry.. :small_boy_17.gif:

4 comments:

anese said...

cemburu pada yang disyang mmg tanda syg tapi cemburu pada yang yang menyampah tandanya lagikk menyampah..heheh tul tak??

iQa said...

hahaha btol2..

apa2 la said...

bestnya long...terliur la asparagus ngan ikan sweet sour tu...
nnti wat deh..?

moonie said...

cemburu tu elok p x bleh la lebey2 sampai pasangan anda nek muak lak atas kegedikan anda itew...nasihat ini ditaja oleh ayam dara

haha

ramai org suko masakan mu long..idop along tuk masak2