Monday, December 1, 2008

meNu Today..



ni menu utk lunch ari ni.. simple ..konon2nyer nak have something different la today..tp yg sengalnyer xde lak chicken atau beef steak..so jadinyer hari ni juz lunch ni lew..

~ french fries, broccoli+carrot rebus wif yummy black pepper sauce~

resepi black pepper sauce (sos lada hitam..ni sy cilok kat my resepi-oleh acik yarn, best..leh wat cicah ngan pape je..ops kopipes je ni.. soryy acik tp memang best la.. thx ye acik..mintak halal tau..)


Bahan-bahan ( banyak gak la..ada la dalam 2 mangkuk sup)
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar(potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
seketul kiub ayam knors (* sy selalu bubuh yg serbuk dalam 1 sudu besar sbb xde stok)
2 cawan air
sedikit kicap pekat (* anggaran sy biasanyer dalam 1/2 cwn gak la..tgk die agak2 coklat la..biasa guna kicap kipas udang manis..hehe promote agi)
sedikit sos cili/sos tomato (* sy xtaruk sos tomato, juz letak sos cili..biasanyer letak dalam 1/2 cawan dan selalu guna sos cili LIFE.hehe promote LIFE..kena mintak komisen ni )
garam dan gula secukup rasa (* pun xletak sebab sos cili ngan kicap dah lengkap rasanya)
1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
tepung jagung(standby)


Cara-caranyer lak..
1. Cairkan butter dengan api kecil. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
2. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
3. Masukkan kiub ayam dan kacau.
4. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
5. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam. 6. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
7. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa (* x masukkan sbb sos+kicap tadi dah bg rasa yg lengkap to me la..)
8. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
Boleh dihidangkan semasa panas.Ermmm sedap..

0 comments: